Penyerahan Hari Kemenangan ke atas Jepun

Pada waktu tengahari (waktu Jepun) pada 15 Ogos 1945, pengumuman Maharaja Hirohito mengenai penerimaan syarat-syarat Pengisytiharan Potsdam oleh Jepun disiarkan kepada rakyat Jepun melalui corong radio. Sebelum itu pada hari yang sama, kerajaan Jepun menyiarkan pengumuman melalui Radio Tokyo bahawa "penerimaan Pengisytiharan Potsdam [akan] tiba," lalu menasihat pihak Berikat mengenai penyerahan negara mereka melalui kiriman kabel kepada Presiden U.S. Harry S. Truman melalui misi diplomatik Switzerland di Washington, D.C.

Oleh sebab Jepun merupakan Kuasa Paksi terakhir yang menyerah kalah dan Hari V-P menyusuli Hari V-E selepas tiga bulan, maka Hari V-P menandakan tamatnya Perang Dunia II.

Penandatanganan rasmi syarat-syarat penyerahan oleh pihak Jepun bertempat di atas kapal perang USS Missouri di Teluk Tokyo pada 2 September 1945, dan pada masa itu Truman sebenarnya mengisytiharkan 2 September sebagai Hari V-J.

Hari V-P kadang-kala bergelar Hari V-J (Hari Kemenangan ke atas Jepun) yang tidak seiringan dengan Hari V-E yang mana kuasa musuh utama, Jerman, tidak diketengahkan seperti mana Hari V-J terhadap Jepun. Bagaimanapun, oleh sebab tiada Kuasa Paksi yang lain menyertai Perang Pasifik, perubahan nama sedemikian kelihatan tidak perlu bagi kebanyakan orang di Amerika Syarikat.

Hari V-J masih merupakan cuti umum di negeri Rhode Island pada hari Isnin kedua bulan Ogos. Nama rasmi hari cuti tersebut ialah "Hari Kemenangan".

Di Australia dan kebanyakan negara berikat lain, nama V-P Day paling kerap digunakan. Akhbar Canberra Times pada 14 Ogos 1945, menyatakan keraian Hari VP, dan sehari cuti umum bagi Hari VP diwartakan oleh kerajaan pada tahun itu, menurut Peringatan Perang Australia.